Doa Haikal 1 ~7 :

Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.
Surah Haikal 2 : Ayat 35 Surah Aali Imran , Ayat 77-80 Surah Al-Isra'
(Ingatlah) ketika isteri `Imran berkata: "Tuhanku!
Sesungguhnya akau nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku
sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat,
kepadaMu semata- mata), maka terimalah nazarku sesungguhnya Engkaulah
Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".
(Demikianlah) peraturan (Kami yang tetap mengenai)
orang-orang yang telah Kami utuskan sebelummu dari Rasul-rasul Kami dan
engkau tidak akan dapati sebarang perubahan bagi peraturan Kami yang
tetap itu.
Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari
hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya
sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta
kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan
bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu - pada hari akhirat -
ditempat yang terpuji.
Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): "Wahai
Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang
benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar
yang benar lagi mulia dan berikanlah kepadaku dari sisimu hujjah
keterangan serta kekuasaan yang menolongku"
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan
kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman semuanya
beriman kepada Allah, dan Malaikat- malaikatNya, dan Kitab-KitabNya, dan
Rasul-RasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang
dengan yang lain dari Rasul-RasulNya". Mereka berkata lagi: "Kami
dengar dan kami taat. (Kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan Kami, dan
kepadaMu jualah tempat kembali".
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang
terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia
juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan
berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika
kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau
bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau
bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan
kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya
memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada
kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai
kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
Haikal 4 : Ayat 81-85 Surah Al-Isra'
Dan katakanlah: "Telah datang kebenaran (Islam), dan
hilang lenyaplah perkara yang salah (Kufur dan syirik) sesungguhnya yang
salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran
Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang
yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan
orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian
jua.
Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia,
berpalinglah ia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila ia
merasai kesusahan, jadilah ia berputus asa.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tiap-tiap seorang beramal
menurut pembawaan jiwanya sendiri maka Tuhan kamu lebih mengetahui
siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya"
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh
itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu
pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
Haikal 5 : Ayat 4-6 Surah Maryam , Ayat 27 Surah Al-Fath
Ia merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya
telah lemahlah tulang-tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku
dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa
permohonanku kepadaMu.
"Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum
kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku dan isteriku
pula adalah seorang yang mandul oleh itu, kurniakanlah daku dari sisimu
seorang anak lelaki.
"Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi
Ya`qub dan jadikanlah dia - wahai Tuhanku- seorang yang diredhai serta
disukai".
Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya
dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar iaitu sesungguhnya
kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam - insya-Allah (pada masa yang
ditentukanNya) - dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat umrah kamu)
dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit
rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh
sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah menangguhkan berlakunya
kenyataan itu) kerana Ia mengetahui (adanya faedah dalam penangguhan
itu) yang kamu tidak mengetahuinya maka Ia menyediakan sebelum
(terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunya).
Haikal 6 : Ayat 1-4 Surah Al-Jinn
Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahikan kepadaku,
bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang
aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan)
berkata: "Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci)
yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!"
Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami
beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan
sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.
Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya:
tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau
beranak.
Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa
sesungguhnya: (ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan
kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran
Haikal 7 : Ayat 51-52 Surah Al-Qalam
Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-
hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang
penuh dengan permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar Al-Quran
sambil berkata: "Sebenarnya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang
gila".
Padahal Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya.
Rujukkan : http://www3.pmo.gov.my/webNotesApp/RqrMainM.nsf/WebQuranBannerMalay?OpenFrameSet
No comments:
Post a Comment