jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah biasa
jika kebaikan dibalas kejahatan itu adalah zalim
Tidak
salah untuk kita mendoakan kesejahteraan dan kebaikkan untuk orang yang
bersalah atau tersalah , supaya dia sedar akan kesalahannya ... tapi
adalah salah kalau kita menghukum dan menghina orang yang pada fikiran
kita , dia bersalah ... kerana belum tentu lagi kesalahan yang dia buat
lebih berat hukumannya daripada kesalahan kita yang menjatuhkan hukuman
kepadanya ...
“Wahai
orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan [supaya
kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang] kerana sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa ; dan janganlah kamu mengintip
atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang ; dan janganlah setengah
kamu mengumpat setengahnya yang lain ... Adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudaranya yang telah mati ..? [Jika
demikian keadaan mengumpat] maka sudah tentu kamu jijik kepadanya ... [Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut] dan bertaqwalah
kamu kepada Allah ; sesungguhnya Allah Penerima taubat , lagi Maha
mengasihani ...” :: Al-Hujuraat ayat 12
Rasulullah bersabda :
"Jauhilah bersangka-sangka kerana ianya satu penipuan dalam berkata-kata" [ Riwayat Bukhari , Muslim dan Abu Daud]
Rasulullah bersabda :
"Jauhilah bersangka-sangka kerana ianya satu penipuan dalam berkata-kata" [ Riwayat Bukhari , Muslim dan Abu Daud]
Menurut Imam Abu Bakr al-warraq [guru al-Ghazali] "Apabila engkau
dengar perihal kaum kafir akan berkekalan di dalam neraka , kerana engkau orang Islam , maka jangan
engkau , berasa aman dan terselamat atau
terlepas daripada pembalasan seperti orang-orang kafir itu ... Sebabnya ,
urusanmu dan dirimu itu masih di dalam ancaman bahaya ... Engkau belum tahu
bagaimana keadaanmu di hujung hayatmu nanti dan betapa nasib dirimu
dalan suratan di Lauhul-Mahfudz ... Sebab itu , janganlah berasa sedap hati
dengan masa gemilangmu sekarang ... Di sebalik kegemilangan itu
berkemungkinan besar tersembunyi kecelakaan ..."
Imam al-Ghazali
pula berkata , "Jangan terpesona , terpedaya dan berasa terlalu sedap hati
dan aman dengan ni'mat Islam dan ni'mat terlepas daripada kemungkaran ,
karena kelurusan di pangkal jalan tidak semestinya lurus juga di hujung
jalan ... Ambillah iktibar daipada kisah-kisah di kalangan golongan 'abidin
dahulu yang dengan tak semena-mena menjadi sesat di hujung jalan , lalu
ditimpa 'kecelakaan' pada saat terakhir hayatnya ..."
Imam al-Ghazali
pula berkata , "Jangan terpesona , terpedaya dan berasa terlalu sedap hati
dan aman dengan ni'mat Islam dan ni'mat terlepas daripada kemungkaran ,
karena kelurusan di pangkal jalan tidak semestinya lurus juga di hujung
jalan ... Ambillah iktibar daipada kisah-kisah di kalangan golongan 'abidin
dahulu yang dengan tak semena-mena menjadi sesat di hujung jalan , lalu
ditimpa 'kecelakaan' pada saat terakhir hayatnya ..."
Jangan berasa terlalu yakin yang ni'mat Islam , yang kita miliki sekarang dapat kekal sehingga akhir hayat kita ...
Untuk mengatasi perasaan terlalu yakin ini , kita mesti mempunyai perasaan khauf dan raja'.
Raja' ialah perasaan mengharap ...
Khauf ialah perasaan bimbang , takut atau cemas ...
Biasanya khauf dan raja' juga disebut dengan istilah "harap-harap cemas" ...
Selayaknya sebagai hamba kepada Allah , kita kena sentiasa menaruh perasaan mengharap ...
Kita
juga harus sentiasa menaruh perasaan cemas , perasaan kalau-kalau ,
perasaan mana tahu , kerana kuasa mutlak adalah milik Allah ...
Mari kita sama-sama pastikan perasaan "harap-harap cemas" ini menjadi miliki kita ...
Perkataan "moga" adalah antara perkataan yang melambangkan "harap-harap cemas"...
Apabila Allah cepat makbulkan doamu , maka DIA menyayangimu ...Apabila DIA lambat makbulkan doamu , maka DIA ingin mengujimu ...Apabila DIA tidak makbulkan doamu , maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu ...Oleh itu , sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun ,kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya ...