❤HUKUM ORANG YANG TIDAK MEMBAYAR HUTANG ... ✿ܓ
APAKAH HUKUMNYA ORANG YANG TIDAK MAHU MEMBAYAR HUTANG DAN APAKAH HUKUMNYA ORANG YANG MEMBERI HUTANG ...?
Adakah ini menggalakkan orang ramai suka berhutang ...?
Dalam Islam berhutang memang di haruskan .. Islam memberi galakan kepada
umatnya , agar memberi bantuan kepada saudara-saudaranya , lebih-lebih
lagi dalam hal keperluan asasi .. Umpamanya perkara-perkara yang berkaitan
dengan makan dan minum , tempat tinggal , pelajaran dan sebagainya.
 |
-Bayarlah HutangMu- |
Sebagaimana dalam sebuah hadis :
Maksudnya : [Daripada Abu Hurairah ( r.a ) berkata seseorang , Ya
Rasulullah , pekerjaan apakah yang paling baik ..? beliau bersabda :
"memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya
atau memberi roti (makanan) kepadanya] ..
Hadis ini menerangkan
antara pekerjaan yang paling baik ialah menolong menjelaskan hutang
seseorang .. Persoalan sekarang ialah sebahagian orang Islam sengaja
melambat-lambatkan membayar hutang apabila tiba waktu hendak
membayarnya .. Berbagai-bagai alasan akan di berikan untuk mengelak atau
menangguhkan pembayaran hutang tersebut ..
Sesungguhnya
melambat-lambatkan bayaran hutang , amatlah besar sekali akibatnya dalam
kehidupan manusia , bukan sahaja di dunia , bahkan juga di akhirat ..
Antaranya :
1. Mereka akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya ..
2. Hidup mereka tidak mendapat keredhaan Allah ..
3. Mereka di golongkan dalam perbuatan zalim ..
4. Amalan kebajikan mereka tidak diberkati ..
Apabila seseorang itu berhutang , bermakna dia mula meletakkan belenggu
di batang lehernya , dan belenggu itu tidak dapat dilaksanakan , kecuali
hutang tersebut dijelaskan .. Kalau tidak sempat dijelaskan , hutang itu
akan terus di bawa sampai ke hari pengadilan di akhirat .. Yang mana
ketika itu tiada lagi pembayaran dengan ringgit atau dolar , tetapi
pembayaran dengan amalan-amalan kebajikannya ..
Bagaimana kalau
tidak ada amalan kebajikan ..?, kita akan dihumban ke dalam api neraka ..
Demikianlah akibat tidak menjelaskan hutang .. Oleh yang demikian , Islam
menganjurkan antara perkara yang wajib di segerakan di atas dunia ini ,
selain dari jenazah hendaklah segera dikebumikan , dan anak perempuan
yang dipinang orang hendaklah segera dikahwinkan , maka hutang-piutang
hendaklah segera dibayar atau dilangsaikan , untuk mengelakkan terabai
membayarnya ..
Islam sangat mengambil berat dalam soal pembayaran
hutang , dalam ertikata lain , hutang adalah merupakan satu syarat untuk
mendapat keredhaan Allah .. Seseorang yang berhutang , hendaklah berniat
dalam hatinya untuk menunaikan hutang tersebut , kerana Allah akan
memudahkan baginya bila dia hendak menunaikannya ..
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
[Semua dosa-dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya].
Sabdanya lagi :
[Dan barangsiapa yang berhutang , kemudian ia berniat tidak akan
membayar hutangnya , lalu ia mati , maka Allah akan bertanya di hari
kiamat : " Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak
hambaku ..?, maka di ambillah amal kebaikan orang itu , dan di berikan pada
orang yang memberi hutang , dan jika tidak mempunyai amal kebaikan , maka
dosa-dosa orang yang memberi hutang itu , di berikan pada orang-orang
yang berhutang] ..
Rasulullah S.A.W. mengingatkan kita bahawa orang
yang berhutang terikat dengan pembayaran .. Dia mesti menjelaskan
hutangnya semasa di dunia , kerana apabila dia dah mati dan dia masih
lagi menanggung hutang , maka rohnya akan tergantung sehinggalah
dijelaskan hutang tersebut .. Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W :
[Jiwa orang-orang mukmin tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak di
hukum kepadanya selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan
hutangnya] ..
Abu Said R.a berkata :
"Telah di bawa
kepada Rasulullah S.A.W jenazah untuk disembahyangkan , lalu Nabi
bertanya : Apakah mayat ini masih menanggung hutang ..?, Sahabat menjawab :
Ya , Nabi bertanya : "Apakah ia ada meninggalkan harta untuk membayarnya ..?,
jawab Sahabat : Tidak .. Nabi bersabda : "Sembahyanglah kamu kepada
kawanmu itu , Nabi sendiri tidak ikut menyembahyangkannya .. Kemudian Ali
Bin Talib berkata : "Biarlah saya yang membayar hutangnya" .. Sesudah itu ,
Nabi segera maju menyembahyangkannya , lalu ia berkata kepada Ali, Semoga
Allah membebaskan tanggunganmu (dirimu) dari api neraka , sebagaimana
kamu membebaskan tanggungan saudara yang muslim itu .. Tidaklah seorang
Muslim yang membayar hutang saudaranya , melainkan Allah akan membebaskan
tanggungannya (dirinya) dari api neraka pada hari kiamat kelak ..
Oleh itu seseorang yang berhutang janganlah menangguhkan bayaran ,
apabila mempunyai peluang untuk membayarnya .. Perbuatan tersebut , adalah
tergolong dalam perbuatan orang yang zalim dan dia berhak mendapat
hukuman Allah di atas perbuatannya ..
Sabda Rasulullah S.A.W. :
Maksudnya : [Penangguhan (hutang) oleh orang yang berkuasa membayar ,
adalah satu kezaliman , halallah maruahnya dan jika hukuman ke atasnya
(iaitu pemberi hutang) boleh mengambil tindakan ke atasnya dan
maruahnya] ..
wallahu a'lam bissowab
No comments:
Post a Comment