Thursday, 9 August 2012

❤HUKUM ORANG YANG TIDAK MEMBAYAR HUTANG ... ✿ܓ

APAKAH HUKUMNYA ORANG YANG TIDAK MAHU MEMBAYAR HUTANG DAN APAKAH HUKUMNYA ORANG YANG MEMBERI HUTANG ...?

Adakah ini menggalakkan orang ramai suka berhutang ...?


Dalam Islam berhutang memang di haruskan .. Islam memberi galakan kepada umatnya , agar memberi bantuan kepada saudara-saudaranya , lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi .. Umpamanya perkara-perkara yang berkaitan dengan makan dan minum , tempat tinggal , pelajaran dan sebagainya. 
-Bayarlah HutangMu-
Sebagaimana dalam sebuah hadis :

Maksudnya : [Daripada Abu Hurairah ( r.a ) berkata seseorang , Ya Rasulullah , pekerjaan apakah yang paling baik ..? beliau bersabda : "memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya] ..


Hadis ini menerangkan antara pekerjaan yang paling baik ialah menolong menjelaskan hutang seseorang .. Persoalan sekarang ialah sebahagian orang Islam sengaja melambat-lambatkan membayar hutang apabila tiba waktu hendak membayarnya .. Berbagai-bagai alasan akan di berikan untuk mengelak atau menangguhkan pembayaran hutang tersebut ..


Sesungguhnya melambat-lambatkan bayaran hutang , amatlah besar sekali akibatnya dalam kehidupan manusia , bukan sahaja di dunia , bahkan juga di akhirat .. 
Antaranya :

1. Mereka akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya ..


2. Hidup mereka tidak mendapat keredhaan Allah ..


3. Mereka di golongkan dalam perbuatan zalim ..


4. Amalan kebajikan mereka tidak diberkati ..


Apabila seseorang itu berhutang , bermakna dia mula meletakkan belenggu di batang lehernya , dan belenggu itu tidak dapat dilaksanakan , kecuali hutang tersebut dijelaskan .. Kalau tidak sempat dijelaskan , hutang itu akan terus di bawa sampai ke hari pengadilan di akhirat .. Yang mana ketika itu tiada lagi pembayaran dengan ringgit atau dolar , tetapi pembayaran dengan amalan-amalan kebajikannya ..


Bagaimana kalau tidak ada amalan kebajikan ..?, kita akan dihumban ke dalam api neraka .. Demikianlah akibat tidak menjelaskan hutang .. Oleh yang demikian , Islam menganjurkan antara perkara yang wajib di segerakan di atas dunia ini , selain dari jenazah hendaklah segera dikebumikan , dan anak perempuan yang dipinang orang hendaklah segera dikahwinkan , maka hutang-piutang hendaklah segera dibayar atau dilangsaikan , untuk mengelakkan terabai membayarnya ..

Islam sangat mengambil berat dalam soal pembayaran hutang , dalam ertikata lain , hutang adalah merupakan satu syarat untuk mendapat keredhaan Allah .. Seseorang yang berhutang , hendaklah berniat dalam hatinya untuk menunaikan hutang tersebut , kerana Allah akan memudahkan baginya bila dia hendak menunaikannya ..

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :


[Semua dosa-dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya].


Sabdanya lagi :


[Dan barangsiapa yang berhutang , kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya , lalu ia mati , maka Allah akan bertanya di hari kiamat : " Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hambaku ..?, maka di ambillah amal kebaikan orang itu , dan di berikan pada orang yang memberi hutang , dan jika tidak mempunyai amal kebaikan , maka dosa-dosa orang yang memberi hutang itu , di berikan pada orang-orang yang berhutang] ..

Rasulullah S.A.W. mengingatkan kita bahawa orang yang berhutang terikat dengan pembayaran .. Dia mesti menjelaskan hutangnya semasa di dunia , kerana apabila dia dah mati dan dia masih lagi menanggung hutang , maka rohnya akan tergantung sehinggalah dijelaskan hutang tersebut .. Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W :

[Jiwa orang-orang mukmin tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak di hukum kepadanya selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya] ..


Abu Said R.a berkata :


"Telah di bawa kepada Rasulullah S.A.W jenazah untuk disembahyangkan , lalu Nabi bertanya : Apakah mayat ini masih menanggung hutang ..?, Sahabat menjawab : Ya , Nabi bertanya : "Apakah ia ada meninggalkan harta untuk membayarnya ..?, jawab Sahabat : Tidak .. Nabi bersabda : "Sembahyanglah kamu kepada kawanmu itu , Nabi sendiri tidak ikut menyembahyangkannya .. Kemudian Ali Bin Talib berkata : "Biarlah saya yang membayar hutangnya" .. Sesudah itu , Nabi segera maju menyembahyangkannya , lalu ia berkata kepada Ali, Semoga Allah membebaskan tanggunganmu (dirimu) dari api neraka , sebagaimana kamu membebaskan tanggungan saudara yang muslim itu .. Tidaklah seorang Muslim yang membayar hutang saudaranya , melainkan Allah akan membebaskan tanggungannya (dirinya) dari api neraka pada hari kiamat kelak ..

Oleh itu seseorang yang berhutang janganlah menangguhkan bayaran , apabila mempunyai peluang untuk membayarnya .. Perbuatan tersebut , adalah tergolong dalam perbuatan orang yang zalim dan dia berhak mendapat hukuman Allah di atas perbuatannya ..

Sabda Rasulullah S.A.W. :


Maksudnya : [Penangguhan (hutang) oleh orang yang berkuasa membayar , adalah satu kezaliman , halallah maruahnya dan jika hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang) boleh mengambil tindakan ke atasnya dan maruahnya] ..


wallahu a'lam bissowab


Monday, 2 July 2012

❤Semoga Anak-anak Kita Tidak Menjadi Anak Yang Derhaka ... ✿ܓ

PESANAN BUAT AKU & Semua Yang Bergelar Ibu bapa ... ❥❤

Sebelum mengejut meraka bacakanlah ayat Inna Anzalna 3x ...

1. Beri salam pada anak kita ...
2. Pegang ibu jari kaki dan goyang pelan2 sambil panggil namanya dengan lembut ...
3. Kalau belum bangun , kuatkan sikit suara dan goyangkan badannya sehingga meraka bangun ... ❥❤

❤Sebelum memarahi meraka , 'tarik hati' meraka dengan menyebut nama penuhnya dan membaca surah Ali Imran ayat 200 agar anak-anak tidak melawan atau membentak kata-kata ibu bapa ...

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman ! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh , dimedan perjuangan) , dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah , supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) ... ❥❤

 ❤Jangan marah anak ketika dia sedang duduk iaini makan ,
Jangan marah anak ketika dia baru bangun tidur ,
Jangan marah anak ketika dia mahu keluar rumah ...
(Untuk mengelakkan anak jadi bandel/durhaka ...) ❥❤

:: kadangkala anak menjadi durhaka adalah disebabkan oleh orang tua , iaitu kita sendiri ...

Wallahu a'lam ...

Imam Al-Ghazali : Anak adalah seperti sebutir batu permata yang belum digilap ... Ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan ...


credit to : Ustaz Muhammad Nur Maulana @Islam Itu Indah ...

::Kalau dah namanya amal Ibadah untuk kebaikkan , itu memang berat lakunya ... tarbiah diri ! tarbiah diri ! (dah elok barulah layak menjadi murobi pada anak-anak) ALLAH-HU-AKBAR الله أكبر ...

Thursday, 28 June 2012

❤KEALPAAN YANG MAMPU MENGUNDANG PADAH ... ✿ܓ


❤PERKARA YANG SELALU KITA LUPA ... ❥❤

BAYANGKAN ! ADA AIR KECIL TIKUS PADA TIN MINUMAN KITA ITU ... CUCI  DULU !! ...
 ❤Kenapa perlu basuh ...? Pernahkan kita terfikir ...? Dimanakah tin minuman itu ditempatkan ...? Tin tu asalnya datang dari stor simpanan atau gudang yang mana terdapat banyak makhluk perosak (terutamanya Cik Siti a.k.a Mak Menti ataupun si Pak Li) yang berkeliaran dan tanpa segan silu kencing dan membuang najis sesuka hati dan seterusnya tin minuman itu dihantar ke kedai-kedai runcit tanpa membilas minuman itu dahulu ... Itulah sebab kenapa kita MESTI basuh dahulu tin minuman itu , bimbang tin itu telah dicemari oleh 'AIR KECIL' makhluk perosak yang tidak berfikir itu (kita ini insan yang berfikir , kan ... =) SO , jadikanlah ia sesuatu yang WAJIB dilakukan ... JANGAN MESTI aje tau tau tau ea) ... (^‿^)

❤Apabila minuman yang kita minum dicemari , kita bakal terkena Leptospirosis ... Virus yang terlekat pada tin minuman tersebut ...  Jadi , tin tersebut telah dicemari oleh urin tikus yang sudah mengering yang mengandung leptospira ... Sebab itu , kita perlu basuh tin itu terlebih dahulu ... Jagalah kesihatan kita ... Jangan cuai dan awasi perbuatan kita yang boleh membawa kepada kemudaratan kepada kesihatan badan dan keluarga kita ... JOM !! SESAMALAH KITA BERINGATT ... ❥❤

Monday, 28 May 2012

❤Bersangka Baik , Berperasaan Khauf & Raja' ... ✿ܓ

 jika kejahatan dibalas dibalas kejahatan itu adalah dendam 
jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah biasa
jika kebaikan dibalas kejahatan itu adalah zalim 
jika kejahatan dibalas kebaikan itu adalah mulia dan terpuji
Tidak salah untuk kita mendoakan kesejahteraan dan kebaikkan untuk orang yang bersalah atau tersalah , supaya dia sedar akan kesalahannya ... tapi adalah salah kalau kita menghukum dan menghina orang yang pada fikiran kita , dia bersalah ... kerana belum tentu lagi kesalahan yang dia buat lebih berat hukumannya daripada kesalahan kita yang menjatuhkan hukuman kepadanya ...
❤Hati Kita , Kasih Sayang Kita❤

 Allah berfirman :
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan [supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang] kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa ; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang ; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain ... Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ..? [Jika demikian keadaan mengumpat] maka sudah tentu kamu jijik kepadanya ... [Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut] dan bertaqwalah kamu kepada Allah ; sesungguhnya Allah Penerima taubat , lagi Maha mengasihani ...”  :: Al-Hujuraat ayat 12 

Rasulullah bersabda :


"Jauhilah bersangka-sangka kerana ianya satu penipuan dalam berkata-kata" 
[ Riwayat Bukhari , Muslim dan Abu Daud]  

Menurut Imam Abu Bakr al-warraq [guru al-Ghazali] "Apabila engkau dengar perihal kaum kafir akan berkekalan di dalam neraka , kerana engkau orang Islam , maka jangan engkau , berasa aman dan terselamat atau terlepas daripada pembalasan seperti orang-orang kafir itu ... Sebabnya , urusanmu dan dirimu itu masih di dalam ancaman bahaya ... Engkau belum tahu bagaimana keadaanmu di hujung hayatmu nanti dan betapa nasib dirimu dalan suratan di Lauhul-Mahfudz ... Sebab itu , janganlah berasa sedap hati dengan masa gemilangmu sekarang ... Di sebalik kegemilangan itu berkemungkinan besar tersembunyi kecelakaan ..."
Imam al-Ghazali pula berkata , "Jangan terpesona , terpedaya dan berasa terlalu sedap hati dan aman dengan ni'mat Islam dan ni'mat terlepas daripada kemungkaran , karena kelurusan di pangkal jalan tidak semestinya lurus juga di hujung jalan ... Ambillah iktibar daipada kisah-kisah di kalangan golongan 'abidin dahulu yang dengan tak semena-mena menjadi sesat di hujung jalan , lalu ditimpa 'kecelakaan' pada saat terakhir hayatnya ..."

Jangan berasa terlalu yakin yang ni'mat Islam , yang kita miliki sekarang dapat kekal sehingga akhir hayat kita ...

Untuk mengatasi perasaan terlalu yakin ini , kita mesti mempunyai perasaan khauf dan raja'.

Raja' ialah perasaan mengharap ...

Khauf ialah perasaan bimbang , takut atau cemas ...

Biasanya khauf dan raja' juga disebut dengan istilah "harap-harap cemas" ...

Selayaknya sebagai hamba kepada Allah , kita kena sentiasa menaruh perasaan mengharap ...


Kita juga harus sentiasa menaruh perasaan cemas , perasaan kalau-kalau , perasaan mana tahu , kerana kuasa mutlak adalah milik Allah ...

Mari kita sama-sama pastikan perasaan "harap-harap cemas" ini menjadi miliki kita ...

Perkataan "moga" adalah antara perkataan yang melambangkan "harap-harap cemas"... 
Apabila Allah cepat makbulkan doamu , maka DIA menyayangimu ...
Apabila DIA lambat makbulkan doamu , maka DIA ingin mengujimu ...
Apabila DIA tidak makbulkan doamu , maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu ... 
Oleh itu , sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun ,
kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya ...
Semoga Allah sentiasa melimpahkan hidayah , taufiq , rahmat dan keredhaanNya kepada kita ... Semoga kita berjaya mendapat khusnul-hotimah [kesudahan yang baik] ketika akhir hayat nanti ...
:: muhasabah diri , peringatan buat diri sendiri juga pesanan kaseh buat semua , berhati-hati lah ketika berucap atau bercakap ... wallahua'lam bissowab ...
Credit To : Tazkirah Diri  : Dhiana Mohd Abu Bakar 

 

❤CINTA : Yang Bertakhta Di Hati ... ✿ܓ

❤♡❤♡❤♡❤♡❤♡PUASA belum habis ganti lagi ... jup lagi RAMADHAN akan tiba ... menyusul pula SYAWAL , menandakan tibanya AidilFitri ... yang pasti , bila saudara mara yang jauh/jarang atau tak pernah lagi berjumpa datang berziarah , lari menyorok ... lebih rela jadi orang belakang untuk siapkan hidangan ... tak maupun keluar berkenal-kenalan bersalam-salaman ... uHuhh ... sedangkan ini lah yang dituntut , memuliakan tetamu ... dan inilah juga antara cara kita berbakti terhadap Almarhum/Almarhumah kedua orang tua kita ... macammana nehh ...?? ❤♡❤♡❤♡❤♡❤♡
❤:: pelan-pelan ubah sikap dan kikis perangai yang tidak sehat ... ❥❤

❤Dari Abi Usaid Malik bin Rabi’ah berkata bahwa ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah , tiba-tiba datanglah seorang lelaki dari kabilah Bani Salamah berkata “ Ya Rasulullah , adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah meninggal dunia ...?

❤Rasul menjawab : Ada, engkau berdoalah untuk keduanya , dan meminta diampunkan dosa-dosanya , dan tunaikan wasiat dan janji-janjinya , dan HUBUNGANKAN SILATURRAHIM DENGAN SAUDARA DAN KELUARGANYA , DAN HORMATI SERTA MULIAKAN KAWAN-KAWANNYA ..." [HR Abu Daud , Ibnu Majah , Ibnu Hibban] ❥❤
 

❤Antara lain :: Dari Aisyah menceritakan bahwa seorang lelaki datang kepada Rasulullah bertanya : Ya Rasulullah , sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia , dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah , apakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya ...? Nabi menjawab : Ya [bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala] ... [Sahih Bukhari dan Muslim] ❥❤

Sunday, 27 May 2012

❤Uban : Saya Semakin Muda ... ✿ܓ

❤♡❤♡❤♡❤♡❤♡HARI ini , atas sebab2 kesehatan , saya gunting rambut ... sependek yang paling pendek saya pernah gunting dahulu ... kawan gado tersayang yang tolong guntingkan ... sepanjang dia mengguntingkan rambut , dia trsenyum aje [buat tak tau aje lah dengan olahnya] ... bila dah selesai , waktu saya nak kemas dan mengutip rambut tu , barulah saya sedar , kenapa dia tersenyum sepanjang waktu tempoh menggunting rambut nehh ...❤♡❤♡❤♡❤♡❤♡

:: Allah Hu Akbar ~~ UBAN dah bertamu .../semakin bertambah muda rupanya aku nehh ... uHuhh
 
:: harap saya akan makin bertambah comell dengan uban inehh ... (^‿~) wink wink~~ ❤♡❤♡❤♡❤♡❤♡
Sabda Nabi Muhammad S.A.W “Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti ... Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai , maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan , dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan , juga dengannya akan ditinggikan satu darjat ...” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan) 
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/04/uban.html

Monday, 21 May 2012

❤Ketulusan Dan Kesetiaan ... ✿ܓ

Ketulusan Dan Kesetiaan : Nailah Al-Farafishah
Tamadhar, isteri mulia, Abdurrahman ibn 'Auf berkata kepada Usman ibn Affan Radiyallahu 'anhu, "Bersediakah engkau menikah dengan puteri pamanku, seorang gadis yang cantik, tubuhnya padat, pipinya lembut dan fikirannya cerdik?"

"Insya Allah", jawab Usman, "Siapakah dia?"

"Nailah binti al-Farafishah al-Kalbiyah"

Sesudah menikah, Usman bertanya pada Nailah, "Pastinya kau tidak suka melihat ketuaanku ini?"

Nailah tersenyum dan menunduk sambil berkata, "Saya termasuk wanita yang lebih suka memiliki suami lebih tua."

"Tapi aku telah jauh melampaui ketuaanku?"

Kembali Nailah tersenyum dan berkata, "Tapi masa mudamu sudah kau habiskan bersama Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. Dan itu jauh lebih aku sukai dari segala-galanya."

Apakah faktor usia memang tidak akan menjadi masalah dalam pernikahan? Tergantung, jawabnya ada pada masing-masing kita. Di kisah ini, Usman berusia 81 sedang Nailah 18. Ternyata Nailah membuktikan ketulusan cintanya.


Waktu berlalu, hari berganti dan bulan terus berjalan, Nailah yang telah melahirkan Maryam dan Anbasah binti Usman dari pernikahan ini tetap setia mendampingi suami tercinta. Hingga ketika hari itu tiba, saat pasukan pembangkang mengepung rumah Usman, lalu mereka menerobos masuk dan mendapati beliau sedang tilawah. Tanpa menggubrisnya mereka mengayunkan pedang-pedang terlaknat ke tubuh tua beliau. Nailah, sang bidadari, segera menjatuhkan tubuh ke pangkuan Usman untuk melindunginya. Dan, ya.., jari-jari tangan perempuan tulus itu putus.

Ketika akhirnya Usman wafat dalam kemuliaan, Muawiyah ibn Abu Sufyan mengirim utusan untuk meminang Nailah. Tapi apa jawaban Nailah? "Tidak mungkin ada seorang manusia pun yang bisa menggantikan kedudukan Usman di dalam hatiku."


Untuk mengelakkan dirinya terus dipinang, beliau telah mencabut dan mematahkan gigi sehingga orang ramai kehairanan...
Ada yang bertanya kepada Nailah,

“Mengapa kamu mematahkan gigi-gigimu yang cantik itu?”

Jawapan yang Nailah berikan, 

 “aku tidak mahu kesedihanku terhadap Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku juga tidak mahu lelaki mengetahui apa yang ada pada diriku sebagaimana yang telah diketahui oleh Uthman.”

Kata-kata tersebut adalah lambang kecintaan dan kesetiaannya kepada suami tercinta yang telah dibunuh di hadapan mata kepalanya sendiri...Nailah juga banyak menggubah syair dan sajak yang diabadikan untuk suaminya...

Juga tidak ada perkahwinan ke-2 dalam hidupnya selepas Khalifah Uthman. Nailah Al- Farafishah lambang peribadi mulia seorang srikandi Islam yang sanggup menggadaikan jiwa raganya demi mempertahankan suami tersayang dan Islam tercinta di zamannya.. 
Itulah kisah Nailah Al-Farafishah...srikandi setia buahati saidina Uthman B. Affan..apakah aku bisa setia dan taat seperti Nailah...srikandi yg aku kagumi ini??...apakah aku bisa menjadi isteri seperti Nailah ini??apakah aku bisa tabah sepertinya??
Kanvas cinta ini terlukis wajah muslimah.., yang kiasan rindunya takkan lemah walau dihunus 1000 mehnah...Pada hijab rindu..., terserlah pada Qalam.., dialah Muslimah Acuan Quran.. NAILAH AL-FARAFISHAH....